HASiL #QuranHour perkukuh penghayatan al-Quran warga LHDN

5 Mar 2026 • 3:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
HASiL #QuranHour menjadi platform LHDN memperkukuh penghayatan al-Quran dalam kalangan warga kerja menerusi kefahaman dan pengamalan isi kandungannya dalam tugasan serta kehidupan seharian.
image is not available
Lebih 500 warga LHDN hadir menjayakan HASiL #QuranHour di Masjid Damansara Perdana, Petaling Jaya pada Khamis.
image is not available
Peserta berkumpul dan bertadarus al-Quran pada program HASiL #QuranHour di Masjid Damansara Perdana pada Khamis.
image is not available
Program HASiL #QuranHour turut bertadabbur surah al-Muzzammir di Masjid Damansara Perdana pada Khamis.

PETALING JAYA - Program HASiL #QuranHour terus menjadi agenda tahunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memperkukuhkan penghayatan al-Quran dalam kalangan warga kerjanya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Cawangan Khas), Datuk Khairul Halimin Abdul Halim berkata, inisiatif membudayakan al-Quran dalam organisasi penting bagi membentuk jiwa yang tenang serta memperkukuh integriti dan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah.

**media[3453850]**

Menurut beliau, program berkenaan bukan sekadar sesi bacaan al-Quran, sebaliknya menjadi platform untuk mendalami, memahami dan mengamalkan isi kandungan kitab suci itu dalam kehidupan seharian termasuk ketika melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.

"Ayat 8 surah al-Muzzammil mengingatkan kita tentang umat Islam dituntut agar sentiasa mengingati ALLAH dalam setiap keadaan sama ada secara lisan mahupun dengan hati yang hadir dan khusyuk.

"Fokus yang sepenuhnya kepada ALLAH mendidik kita supaya setiap pekerjaan dan tanggungjawab, dilaksanakan sebagai satu bentuk pengabdian kepada-Nya," katanya ketika berucap di Masjid Damansara Perdana di sini pada Khamis.

**media[3453851]**

Hadir sama, Pengarah Jabatan KHidmat Korporat LHDN, Shahrul Niza Bishahrin; Eksekutif R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Muhammad Nazmi Azim Ishak dan Imam, Amir Fauzan Hazim Adnan.

Khairul Halimin berkata, pembudayaan al-Quran dapat menyemai nilai ihsan dalam organisasi dan masyarakat seiring dengan konsep Malaysia Madani.

"Tema tahun ini 'Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia' bertujuan membimbing umat Islam membina kekuatan rohani melalui ibadah, melatih disipilin dan istiqamah dalam beramal serta menanam pergantungan sepenuhnya kepada ALLAH.

**media[3453853]**

"Surah ini juga menegaskan kepentingan membaca dan menghayati al-Quran dengan tertib sebagai asas pembinaan peribadi yang teguh, sabar dan berintegriti dalam menghadapi cabaran kehidupan dengan tenang," katanya lagi.

Beliau turut mengharapkan program berkenaan memberi impak positif kepada seluruh warga LHDN mengamalkan ajaran dalam al-Quran ke dalam aspek kehidupan termasuk ketika melaksanakan tugas harian.