Hasil sektor perkhidmatan berkembang 6.1% kepada RM594.5 bilion pada suku pertama 2024 - DOSM

9 May 2024 • 2:35 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hasil sektor perkhidmatan berkembang 6.1% kepada RM594.5 bilion pada suku pertama 2024 - DOSM

azan

09/05/2024 - 14:35

KUALA LUMPUR 9 Mei - Hasil sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.1% tahun ke tahun kepada RM594.5 bilion pada suku pertama 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan sebanyak 6.1% disumbangkan segmen perdagangan borong & runcit, makanan & minuman serta penginapan yang meningkat RM23.3 bilion kepada RM451.6 bilion.

"Ini diikuti oleh segmen maklumat & komunikasi dan pengangkutan & penyimpanan (RM5.2 bilion; 6.7%), segmen profesional, hartanah dan pentadbiran & khidmat sokongan (RM3.3 bilion; 9.5%) dan segmen kesihatan swasta, pendidikan swasta, kesenian, hiburan & rekreasi serta perkhidmatan persendirian & lain-lain aktiviti (RM2.4 bilion; 12.7%),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perbandingan suku tahun ke suku tahun, jumlah hasil meningkat 0.5% berbanding suku tahun keempat tahun lalu.

Katanya, peningkatan itu didorong segmen maklumat & komunikasi serta pengangkutan & penyimpanan yang meningkat 1.4 % (RM1.1 bilion).

image is not available

"Ia diikuti oleh segmen profesional, hartanah dan pentadbiran & khidmat sokongan (RM900 juta; 2.3%), segmen perdagangan borong & runcit, makanan & minuman serta penginapan (RM700 juta; 0.2%) dan segmen kesihatan swasta, pendidikan swasta, kesenian, hiburan & rekreasi dan perkhidmatan persendirian & lain-lain aktiviti (RM500 juta; 2.3%)," katanya.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata, pendapatan e-dagang mencatatkan nilai sebanyak RM293.2 bilion atau pertumubhan 0.5% dari tahun ke tahun pada suku pertama 2024 dan bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, pendapatan segmen itu meningkat secara marginal sebanyak 0.5%.

Beliau berkata, jumlah pekerja dalam sektor itu adalah seramai 4.4 juta orang, meningkat 72,200 orang atau 1.7% dari tahun ke tahun.

"Kenaikan ini dipacu oleh subsektor perdagangan borong & runcit dengan peningkatan sebanyak 41,500 orang atau 2.1%, diikuti subsektor pengangkutan & penyimpanan (14,600 orang; 4%). Bagi suku tahun ke suku tahun, jumlah pekerja meningkat 0.1%, meningkat 5,800 orang," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, gaji dan upah yang dibayar mencatatkan peningkatan sebanyak RM1 bilion atau 3.3% dan kenaikan itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong & runcit dan pengangkutan & penyimpanan yang masing-masing bertambah sebanyak RM400 juta (2.8%) dan RM100 juta (5.3%).

Bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, gaji dan upah berkembang 0.8% kepada RM32.3 bilion pada suku pertama 2024. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved