Hasil Usaha Kerajaan MADANI, Kadar Pengangguran Malaysia Turun Ke 2.9 Peratus

LocalBusiness & Finance
12 Jan 2026 • 10:44 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa syukur apabila kadar pengangguran negara berjaya turun ke paras 2.9% pada penghujung tahun 2023. Menurut beliau, ini adalah pencapaian terbaik sejak 11 tahun lalu dan membuktikan pasaran buruh negara sedang berada dalam keadaan stabil.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kejayaan ini hasil usaha Kerajaan MADANI dalam membina semula asas ekonomi sejak tiga tahun lepas. Dalam satu hantaran di media sosial, beliau kongsikan statistik terbaharu dan yakin trend positif ini akan terus memberi manfaat kepada rakyat.

Ekonomi kukuh, peluang kerja makin banyak di bawah kerajaan MADANI

image is not available

Anwar percaya momentum ini bukan berlaku secara kebetulan. Ia datang hasil daripada dasar ekonomi yang mampan dan strategi yang fokus kepada rakyat.

Ini hasil usaha keras Kerajaan MADANI membina dan mengukuhkan semula asas negara sejak tiga tahun lalu.- Katanya.

image is not available

Melalui data yang dikongsikan, kadar penyertaan tenaga buruh (Labour Force Participation Rate) kekal kukuh pada paras 70.9%. Jumlah tenaga buruh pula mencecah 17.61 juta orang.

Daripada jumlah itu, seramai 83.3% adalah lelaki manakala wanita mencatatkan 56.6%, membuktikan semakin ramai kembali aktif dalam pasaran pekerjaan.

Rakyat yakin dengan prospek ekonomi kerajaan MADANI

image is not available

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan turut menyokong kenyataan Perdana Menteri dengan menyatakan bahawa angka ini menunjukkan keyakinan rakyat terhadap ekonomi dan pasaran buruh Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Pssttt! Ohmedia suka tengok bila ekonomi negara ada perkembangan positif macam ni. Harapnya semua usaha ni dapat diteruskan supaya lebih ramai lagi rakyat dapat kerja yang baik dan hidup lebih terjamin.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Hasil Usaha Kerajaan MADANI, Kadar Pengangguran Malaysia Turun Ke 2.9 Peratus appeared first on Oh! Media.