Hasil video New Zealand, Khairul Aming dijemput Oman Tourism selama 8 hari 7 malam!

LocalEntertainment
24 Oct 2024 • 7:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Khairul Aming dijemput Oman Tourism

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming dijemput Oman Tourism untuk siri jelajah negara itu selama lapan hari dan tujuh malam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Khairul Aming di laman TikToknya, dia yang sudah berada di negara tersebut akan memulakan penggambaran bersama tiga ahli pasukannya dengan berbekalkan lapan biji kamera.

Khairul Aming dijemput Oman Tourism

@khairulaming

Hasil daripada video New Zealand, kita dijemput Oman Tourism untuk explore Oman selama 8 hari 7 malam. Tourism diaorang bagi semua benda 5 star, mintak la apa pun semua diaorang bagi Berbekalkan dengan 8 biji camera, 7 hari shooting, 3 team members, Oman series ni hopefully akan jadi lagi besar dari New Zealand series. Stay tuned untuk 7 episod nanti

♬ original sound - Khairulaming - Khairulaming

Ujarnya, pihak pelancongan Oman telah menyediakan kemudahan tempat tinggal bertaraf lima bintang kepada pasukannya dan dia turut dibenarkan untuk meminta sebarang keperluan lain.

Usahawan kelahiran Kelantan itu turut berkata siri jelajah Oman akan mempunyai tujuh episod yang bakal disiarkan pada tahun depan dan berharap hasil kandungan di negara tersebut akan menjadi lebih menarik berbanding di New Zealand.

image is not available

image is not available

“Hasil daripada video New Zealand, kita dijemput Oman Tourism untuk explore Oman selama 8 hari 7 malam. Tourism diaorang bagi semua benda 5 star, mintak la apa pun semua diaorang bagi.

“Berbekalkan dengan 8 biji camera, 7 hari shooting, 3 team members, Oman series ni hopefully akan jadi lagi besar dari New Zealand series. Stay tuned untuk 7 episod nanti,” katanya.

Khairul Aming dijemput Oman Tourism

image is not available

image is not available

Terdahulu, Khairul Aming telah mencipta kelainan apabila dia buat pertama kalinya membuat content masakan di New Zealand selama sembilan hari.

Malah, apa lebih membanggakan apabila dia menerima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon susulan konten yang dihasilkan sewaktu berada di negara tersebut tempoh hari.

image is not available

Sumber: TikTok @Khairul Aming