Hasrat beli kereta tidak kesampaian, duit tabung dan STR hangus

LocalBusiness & Finance
11 Dec 2024 • 10:17 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hasrat seorang ibu tunggal untuk membeli sebuah kereta baharu bagi kegunaan dia serta enam anaknya tidak kesampaian selepas duit tabungan serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berjumlah RM3,000 yang disimpan hangus dalam kejadian di Lorong Baloh Raja, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Rabu

image is not available
Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi itu, Siti Suraya Manan, 39, serta anak-anak yang berusia lima hingga 19 tahun tinggal sehelai sepinggang apabila api marak terlalu cepat sehingga mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda.

image is not available
Kejadian itu berlaku semasa anak perempuannya berusia 16 tahun sedang merebus air di atas dapur gas.

image is not available
Siti Suraya bersyukur mereka semua selamat, bagaimanapun bersedihkan memikirkan duit tabungan yang disimpan hasil gaji serta STR hangus begitu sahaja.

image is not available
Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 3.06 pagi.

KOTA BHARU - Hasrat seorang ibu tunggal untuk membeli sebuah kereta baharu bagi kegunaan bersama enam anak tidak kesampaian selepas duit tabung serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berjumlah RM3,000 yang disimpan hangus dalam kejadian di Lorong Baloh Raja, Kubang Kerian di sini pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi itu, Siti Suraya Manan, 39, serta anaknya yang berusia lima hingga 19 tahun tinggal sehelai sepinggang apabila api marak terlalu cepat sehingga tidak sempat menyelamatkan harta benda.

Menurutnya, kejadian itu berlaku semasa anak perempuannya yang berusia 16 tahun merebus air di atas dapur gas.

"Kebetulan hari ini (Rabu) saya tidak sihat kerana sakit dada dan meminta anak untuk merebus air. Tiba-tiba api keluar dari dapur gas dan menyambar plag yang terletak berhampiran.

"Keadaan menjadi tidak terkawal, api merebak dengan cepat. Memikirkan soal keselamatan, saya terus membawa semua anak-anak keluar dari rumah dan menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Siti Suraya memberitahu, kebakaran mudah merebak kerana rumah menggunakan struktur kayu.

"Saya bersyukur semua selamat, bagaimanapun sedih memikirkan duit tabungan yang disimpan hasil gaji serta STR hangus begitu sahaja.

"Saya sudah lama menyimpan kerana kereta yang sedia ada terlalu uzur serta selalu rosak.

"Kereta penting untuk hantar anak-anak ke sekolah.Kereta lama selamat daripada kebakaran tersebut," katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 03111020819225 atas nama Siti Suraya Manan.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Ridzuan Baharudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.12 pagi dan seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pasir Tumbuh dikerah ke lokasi.

Menurut beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.06 pagi," katanya.

View Original Article