Hasrat Beri Coklat Tak Kesampaian, Haroqs Ditahan Dalam Misi GSF | WeirdKaya

WorldPolitics
2 Oct 2025 • 6:31 PM MYT
WeirdKaya
WeirdKaya

Community news hub for today's generation of Malaysians

image is not available

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang aktivis kemanusian tidak kesampaian memberikan coklat kepada anak-anak Gaza apabila beliau bersama 16 aktivis Malaysia lain ditahan oleh IDF ketika menyertai misi GSF.

Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami, merupakan personaliti media sosial berusia 25 tahun menyertai misi kemanusiaan itu dengan menaiki kapal Free Willy bersama aktivis lain.

image is not available

Difahamkan, pelayaran anak muda itu tehertin di pertengahan laut apabila kapal yang dinaikinya dipintas oleh tentera Israel.

Menerusi hantaran di Threads @haja_cikitot, Haroqs sempat meninggalkan pesanan ringkas dalam siaran langsungnya pada awal pagi tadi.

image is not available

“Apa-apa pun, coklat saya masih selamat, stok saya masih banyak, saya nak bagi dekat anak-anak di sana,” katanya.

Turut kelihatan, dua lagi peserta flotilla iaitu Haikal Luqman dan Dr Taufiq dalam rakaman video terakhirnya sebelum ditahan dan berada dalam kawalan tentera zionis itu.

Impian yang tidak kesampaian itu kini menjadi lambang pengorbanan, kasih sayang dan perjuangan seorang anak muda untuk mereka yang ditindas.

image is not available

Difahamkan setakat ini, seramai 15 aktivis kemanusiaan Malaysia telah ditangkap oleh tentera rejim Israel termasuklah selebriti Heliza Helmi, Zizi Kirana, Farah Lee dan Hazwani Helmi.

Bagaimanapun, status rakyat Malaysia yang lain iaitu PU Rahmat, Norhelmi, Mohd Asmawi dan Norazman yang menaiki kapal Estrella, serta Ardell Aryana yang berada di kapal Mikeno, masih belum diketahui.

Sumber: Threads haja_cikitot

View Original Article