Hasrat Nak Cuci Baju Terbantut, Pelanggan Terkejut Jumpa Ular Sawa 20 Kg Dalam Mesin Basuh Di Pusat Dobi

3 Oct 2022 • 12:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Ular sawa dalam mesin basuh di pusat dobi

Hasrat seorang pelanggan untuk membasuh pakaian di sebuah pusat dobi layar diri di Johor Bahru terbantu selepas dia menemui seekor ular sawa di dalam salah sebuah mesin basuh di pusat dobi berkenaan pada 1 Oktober lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Suhaimi Mohd Jamal memaklumkan, individu tersebut lalu melaporkan insiden berkenaan kepada pemilik pusat dobi yang kemudian membuat panggilan kepada pihak bomba.

Jelasnya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor memaklumkan panggilan kecemasan tersebut diterimanya pada 9.41 pagi.

Ular sawa sepanjang 1.8 meter, berat 20 Kg

“Anggota operasi yang tiba di lokasi mendapati seekor ular sawa sepanjang 1.8 meter seberat 20 kilogram di dalam salah satu mesin basuh di pusat dobi layan diri itu.

“Reptilia itu berjaya ditangkap dan dilepaskan dikawasan jauh dari penempatan orang awam,” jelasnya.

Tambah Suhaimi lagi, meskipun haiwan pemangsa itu tidak bertindak agresif semasa cuba ditangkap, beliau tetap menyarankan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri ketika berdepan dengan reptilia tersebut.

image is not available
Foto: FB BBP Larkin, Johor