Hasrat Pulang Bertemu Isteri Berakhir Tragedi, Lelaki Maut Digilis Lori

4 Sep 2025 • 11:01 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang suami yang dalam perjalanan pulang bertemu isterinya menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Klebang Kecil, Melaka pagi Rabu.

Hasrat bertemu isteri tidak kesampaian

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa, Muhammad Hilman Zulkifli, 26, menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dari tempat kerjanya di Sungai Udang menuju ke Serkam.

image is not available

Foto: FB Malaysia Hari Ini

Namun, sebaik tiba di simpang empat lampu isyarat berhampiran Bulatan Klebang kira-kira jam 10.35 pagi, motosikalnya dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh.

Dalam keadaan itu, sebuah lori membawa muatan beras yang dipandu lelaki berusia 33 tahun tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Hilman disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Pemandu lori tidak mengalami kecederaan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved