‘Haters’ Tinggal Emoji Muntah & Jari Tengah, Peminat Puas Hati Dengar Respon Hyunsuk TREASURE

Music
21 Feb 2024 • 1:37 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Kesian betul idola K-Pop ni kan kerana perlu berdepan dengan netizen yang melampaui batas.

Baru-baru ini, Hyun-suk TREASURE telah melakukan siaran langsung di laman Weverse dan ada melihat komen salah seorang penonton yang meninggalkan banyak emoji muntah dan jari tengah.

Selepas melihatnya, lelaki itu terus menegurnya dan berkata,

Jari tengah? Sebenarnya saya sudah lama ingin mengatakan ini. Saya tahu ramai orang yang bergelut kerana ini.

Memandangkan pengguna bernama ‘Aish’ itu terus menghantar komen-komen kesat tersebut, Hyun-suk meluahkan perasaannya,

Yo, Aish. Teruskan, teruskan, teruskan. Teruskan! Saya secara peribadi tidak kisah. Tetapi tolong..jangan lakukan ini kepada ahli lain. Tolonglah, perkara seperti itu awak menganggapnya sebagai jenaka atau tidak berfikir dua kali mengenainya.

Sambungnya lagi dengan ‘mengajarnya’,

Awak mungkin tidak fikir ia adalah masalah besar kerana awak hanyalah orang yang tidak dikenali di belakang skrin. Tapi secara jujur, bagi sesetengah orang..untuk artis..? Ia akan kekal bersama mereka selama-lamanya. Jangan lakukan ini kepada ahli..tidak, sebenarnya, jangan lakukan ini kepada mana-mana artis, tolong!

Tolong fikir la dulu perasaan orang lain sebelum nak tinggalkan komen apa-apa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article