“Hati-Hati Cium..” – Lirik Penuh Unsur Seksual, Lagu Baru (G)I-DLE ‘Wife’ Diharamkan Tayang Di KBS

Music
24 Jan 2024 • 12:24 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Korang dah dengar ke lagu baru (G)I-DLE?

Baru-baru ini, (G)I-DLE telah membuat kemunculan semula dengan album baru, dengan salah satu lagu berjudul “Wife”.

Terbaru menurut semakan muzik yang dikeluarkan oleh KBS, lagu “Wife” oleh kumpulan itu telah diharamkan untuk disiarkan di televisyen kerana liriknya yang mengandungi unsur provokatif seksual.

Khususnya, ada lirik yang berbunyi,

Tetapi itu tidak mencukupi, petik ceri di atas,
Cium dengan berhati-hati dan makan dengan berani (Ow!),
Beritahu saya bagaimana rasanya (Hei),

Sentuhan sedikit pada lidah saya,
Awak sangat brr, brr, brr (Ah), ha-ha,
Ah, awak boleh mengelapnya di mana-mana,
Tetapi jangan sentuh bibir yang halus.

Bukan itu sahaja, satu lagi lagu dalam album yang sama iaitu “Rollie” turut dilarang untuk dimainkan di KBS, kerana liriknya yang ada menyebut jenama produk tertentu.

Sementara itu, agensi bagi kumpulan itu masih belum memberi apa-apa komen lagi setakat ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.