Hati-hati kejar & beri makan burung merpati, boleh undang jangkitan paru-paru jika terdedah pada najisnya

Health & Fitness
16 Dec 2024 • 1:41 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SUDAH menjadi kebiasaan bila nampak burung merpati di taman atau sekitar rumah, pasti akan berlari ke arah mereka bertempiaran terbang.

Mungkin kelihatan menyeronokkan terutamanya bagi anak-anak melihat haiwan tersebut berterbangan, namun tahukah anda bahawa terdedah kepada najis burung merpati itu boleh menyebabkan jangkitan paru-paru merpati atau 'pigeon lung' tau!

Kejadian ini boleh berlaku apabila spora kulat atau bakteria dari najis burung disebut dan masuk ke dalam paru-paru.

image is not available

“Kuman kulat histoplasma capsulatum yang terdapat dalam najis burung menyebabkan gejala demam, batuk, letih dan dalam kes yang teruk, jangkitan paru-paru kronik.

“Selain itu, boleh ada jangkitan cryptococcus neoformans dan psittacosis (Ornithosis),” kongsi Public Health Malaysia di laman Facebook.

image is not available

Oleh itu, orang ramai perlu mengelakkan memberi makanan kepada burung merpati atau berlari ke arah mereka untuk mengurangkan risiko daripada terkena penyakit berkenaan.

Jika hendak membersihkan najis burung, pastikan anda memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan.

Sebelum ini kita tak tahu tentang perkara ini, seronok 'mengusik' merpati itu. Bila dah tahu ini, boleh la hindarkan diri dari berbuat demikian.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved