Hati-hati laluan licin daki Gunung Kinabalu

LocalTravel
8 Feb 2025 • 3:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Musim hujan berterusan di daerah ini menjadi cabaran kepada pendaki Gunung Kinabalu kerana laluan menjadi lebih licin berbanding keadaan semasa musim kering.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taibn mengingatkan semua pendaki untuk membuat penilaian serius terhadap tahap kesihatan mereka sebelum mendaki.

Advertisement“Pendaki mesti bersedia dari segi mental dan fizikal serta hanya membawa barangan yang sesuai dan diperlukan.

“Sentiasa mendaki dalam kumpulan, jangan berjalan sendirian dan pastikan sentiasa mendengar nasihat daripada pemandu gunung bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya susulan insiden membabitkan seorang wanita warga Bulgaria berusia 64 tahun yang diselamatkan pada awal pagi Jumaat selepas terjatuh dan cedera di buku lali ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah menerima panggilan kecemasan jam 7.58 pagi mengenai kejadian yang berlaku di Kilometer 7.2.

Sebuah pasukan yang terdiri daripada tujuh penyelamat dari unit Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) Jabatan Bomba dan Penyelamat, diketuai oleh komander operasi Mourice B. Ubin, segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

AdvertisementMosar mempunyai beberapa stesen dengan anggota yang bersiap sedia sepanjang laluan pendakian, dan lokasi kejadian terletak kira-kira 2km dari stesen terdekat.

Sebaik tiba jam 8.34 pagi, pasukan penyelamat mendapati mangsa telah menerima rawatan awal daripada seorang malim gunung.

AdvertisementDisebabkan keadaannya, pasukan itu dengan kerjasama unit mencari dan menyelamat Taman-Taman Sabah (Parksar) menggunakan pengusung Robinson untuk membawa mangsa turun dengan berhati-hati ke Timpohon Gate, iaitu pintu masuk ke Gunung Kinabalu.

Operasi selesai jam 1.15 petang apabila mangsa diserahkan kepada petugas ambulans untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.