Hati-Hati Memandu Di Kawasan Angin Lintang, Ada 2 Lokasi Di Negeri Sembilan

LocalCars
27 Jan 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Orang ramai dinasihatkan memandu secara berhati-hati ketika melalui dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.

Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Negeri Sembilan, Penguasa Kanan Bomba II Mohamed Faiz Muin Mohamed Rasidi berkata, dua lokasi dalam jajaran negeri ini bermula di KM 222 sempadan Melaka hingga Hentian Senawang dan KM 267 Ainsdale hingga ke Seri Putera.

"Kedua-dua lokasi ini kawasan 'hotspot' kemalangan yang sering berlaku dan antara faktornya disebabkan angin lintang dan kecuaian pengguna jalan raya itu sendiri.

"Oleh itu, pengguna perlu sentiasa berhati-hati dan berwaspada semasa pemanduan terutama ketika musim perayaan dengan jumlah kenderaan juga meningkat," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved