Hati-Hati, Vape Disangka Pen Marker Makin Berleluasa Dalam Kalangan Pelajar

2 Oct 2024 • 6:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Inovasi vape berbentuk pen marker cecah tahap membimbangkan

Hati-Hati, Vape Disangka Pen Marker Makin Berleluasa Dalam Kalangan Pelajar. Penggunaan vape di kalangan pelajar sekolah kini dianggap semakin membimbangkan. Penjualan vape secara atas talian dan melalui media sosial turut menyumbang kepada peningkatan penggunaan alat ini dalam kalangan remaja bawah umur, tanpa mengira usia dan jantina.

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial yang dipercayai seorang guru, telah berkongsi kebimbangannya di laman Facebook Kami Guru Malaysia (KGM) selepas menangkap seorang pelajarnya membawa vape ke sekolah. Beliau menyatakan bahawa vape tersebut kelihatan seperti pen penanda berjenama terkenal pada pandangan pertama.

image is not available
Hati-Hati, Vape Disangka Pen Marker Makin Berleluasa Dalam Kalangan Pelajar

Ramai pengguna media sosial turut menyuarakan kebimbangan mereka terhadap isu ini dan menggesa kerajaan, terutamanya Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM), untuk mengambil tindakan segera.

Seorang pengguna media sosial, mendakwa bahawa pelajar-pelajar kini semakin berani membawa vape ke sekolah. Beliau menyatakan bahawa walaupun banyak vape telah dirampas, pelajar tetap membawa vape dengan jenama dan bentuk baharu.

Ada juga mendakwa bahawa ada pelajar yang menjual vape di sekolahnya. Menurut beliau, seorang pelajar Tingkatan Dua telah membawa dan mengedarkan vape, dengan sasaran pasaran mereka adalah pelajar-pelajar lain.

Baca juga artikel yang berkaitan:

View Original Article