“Hati Saya Sakit..” – Mimi Lana Luah Perasaan Sedih, Sebak Lihat Penderitaan Rakyat Palestin

10 Oct 2023 • 2:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Mimi Lana semalam ada meluahkan rasa simpati terhadap nasib rakyat Palestin yang kini dalam kemelut peperangan antara Zionis.

Menerusi satu hantaran di aplikasi X, pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin itu menulis doa agar rakyat negara bergolak itu dikurniakan kesejahteraan dan sentiasa dilindungi Allah.

Hati saya sakit melihat semua berita yang lalu di ‘timeline’ saya. Semoga Allah sentiasa bersama Palestin. Semoga mereka terus kuat di sana. Amin.

Selain Mimi, antara selebriti yang dilihat turut bersimpati dengan penduduk Palestin adalah seperti penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi.

Terdahulu, pejuang Hamas telah melaksanakan serangan ke atas Zionis dengan melancarkan roket dari darat, udara dan juga laut.

Komander Briged Al-Qassam yang juga Ketua Angkatan Tentera Penentang, Muhammad Al-Deif menyeru rakyat Malaysia agar menyertai jihad Palestin menerusi cara sokongan secara maya dan juga demonstrasi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: