Hati Tergores Melihat Anak Turut Dijadikan Bahan Kecaman, Kak KM Tetap Sayang Netizen

9 May 2023 • 1:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Liana Rosli atau lebih mesra dikenali sebagai Kak KM merupakan usahawan yang terkenal dengan sifatnya yang tidak ambil peduli dengan netizen yang suka mengutuk dirinya di media sosial.

Namun, ibu kepada empat orang anak ini berkata dia terguris dan sedih apabila netizen selalu mengecam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anak-anaknya.

Memang terasa sebab Nabila dan Raina pun orang sudah mula bercakap fasal pakaian mereka sampai ada kata mereka jadi begitu disebabkan saya.

Kalau nak bercakap fasal ibunya, saya tak kisah tapi kalau sentuh tentang anak-anak saya jadi sensitif… tapi setakat geram sahajalah, tak akan pula nak pergi ‘bantai’ mereka di media sosial.

Usahawan terkenal itu meluahkan berkenaan perkara itu ketika ditemui pada Jumaat lalu di majlis rumah terbuka pasangan penyanyi kembar, AshaHanim yang diadakan di Glam Hall, Damansara.

Tambahan, penampilan anak perempuanya, Nabila Razman, 20 sering diperkatakan oleh netizen pakaiannya yang agak menjolok mata.

image is not available

Malah, Kak KM pernah berpesan kepada anak-anaknya untuk memakai pakaian yang tidak menjadi bahan kecaman netizen.

Meskipun dijadikan bahan kecaman netizen, Kak KM tidak mengambil serius komen netizen tetapi amat menghargai netizen yang banyak membantu menaikkan namanya.

Ada juga saya pesan dekat Nabila bila berpakaian ‘cover’ sikit sebab nanti bukan sahaja dia yang kena tetapi saya… tapi biasanya saya cakap sambil bergurau untuk tidak buat dia terasa hati.

Komen netizen jarang saya ambil pusing sebab memang mereka ada hak bercakap.Lagipun saya sayang dengan mereka baik pengikut atau pun haters saya.

Disebabkan mereka juga saya berada di mana saya berada sekarang. Kalau tak ada mereka, siapa yang kenal kita kan.

Berkongsi tentang masa depan anak-anaknya, Kak KM memberitahu dia tidak bersetuju jika anak perempuannya mahu mendirikan rumah tangga sebelum menghabiskan pelajaran.

Saya terang-terang cakap dengan dia yang saya tidak bersetuju kalau dia nak berkahwin awal… belajar kena habis dulu.

Berkawan tak kisah sebab kalau kita nak halang, dia menipu belakang kita lagi sakit hati. Orang pula kenal dia, kenal saya.

Satu saja yang saya selalu pesan, tolong jaga air muka saya. Tolong jaga perangai, cukup saya saja yang kena kecam.

Dalam pada itu, dia tidak pernah menghalang anak-anaknya untuk bercinta, tetapi harus pandai menjaga diri dan menamatkan pelajaran terlebih dahulu.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.