“Hauk Macamtulah, Itulah Diorang, Ibarat Beruk-Beruk” – Azharina Beri Komen Isu Hos Tiada ‘Filter’ Di ASGV

6 Nov 2023 • 11:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Azharina yang kini turut bertanding dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV) ada meninggalkan komen mengenai isu hos program nyanyian itu yang didakwa tidak sensitif dan tidak mempunyai ‘filter’ ketika mengacara.

Memetik mStar, Azharina berkata dia hanya mengganggap segala yang dikeluarkan daripada mulut hos ASGV sebagai ‘perkara di angin lalu’ dan tidak terlalu memikirkannya sehingga boleh mengganggu persembahan.

Dia pun dah memang macam tu lah pattern dia. Hauk macam tulah. Dia orang yang baik sebenarnya, tapi dia tak ada sensitiviti filter jadi kita redakan saja. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Penyanyi itu juga ada menyentuh mengenai kontroversi Azmi Saat yang menjadi bahan lawak kedua-dua hos itu beberapa minggu lalu sehingga mengundang kecaman warga maya.

Tapi Nabil dengan Jihan memang macam tu, kita kena reda, nak buat macam mana, keji satu sama lain, itulah dorang, ibarat beruk- beruk, kalau nak sentap, buang masa you, minggu depan buat hal balik.

Terdahulu, hos sensasi program ASGV menjadi tumpuan semenjak dari isu Elly Mazlein menarik diri sehinggalah gurauan ‘tidak bertempat’ dua lagi pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse terhadap beberapa peserta serta kru program nyanyian itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hours ago

(VIDEO) "Saya Masih Kawan Dengan Dia" - Fyna Jebat Kini Berambut Pendek, Nafi Kecewa Bercerai Dengan Zainal Abidin

View Original Article