Hawa Rizwana Kesal Video Senaman Disunting Hingga Jatuhkan Maruah Sebagai Wanita

EntertainmentHealth & Fitness
5 Aug 2025 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Personaliti TV, Hawa Rizwana meluahkan rasa kesal selepas videonya menyertai acara kecergasan Redline Fitness Games disunting dan dimuat naik tanpa kebenaran.

Menurut Hawa, rakaman tersebut berpotensi mencetuskan persepsi negatif terhadap dirinya sebagai wanita, dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak beretika. Jelasnya,

Saya cuma sertai aktiviti sukan untuk cuba sesuatu yang baharu, tapi video itu disalah guna dan memalukan saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana)

Walaupun tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang buat masa ini, Hawa menegaskan beliau akan bertindak jika perkara itu melampaui batas. Tambahnya,

Saya tidak kisah jika ada yang mahu kongsikan video saya, asalkan dengan hormat. Tapi kalau melampau, saya akan ambil tindakan.

Dalam perkembangan lain, Hawa bakal bergandingan buat pertama kali dengan Nabil Ahmad, Sherry Alhadad dan Namie selaku pengacara Anugerah MeleTOP Era (AME) 2025 yang akan berlangsung pada 12 Oktober di Axiata Arena, Bukit Jalil.

image is not available 2025-06-12 13:32:55

Disangka Bakal Naik Pelamin, Hawa Rizwana Tampil Menafikan - "Bukan Saya Yang Nak Kahwin.."