Hawa Rizwana pilih kecantikan semula jadi, tolak pembedahan plastik- 'Tak mahu ubah wajah kerana komen orang'

EntertainmentBeauty
6 Mar 2026 • 10:53 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BERGELAR figura awam bukan sahaja memberi peluang bersinar di kaca televisyen dan media sosial, tetapi turut membawa cabaran tersendiri, terutama tekanan terhadap penampilan.

Bagi pengacara dan personaliti televisyen,Hawa Rizwana, 31, ia adalah satu realiti yang perlu dihadapi dengan bijak.

“Orang akan sentiasa ada pendapat tentang rupa kita. Kadang-kadang ia membina, kadang-kadang boleh menjadi tekanan,” kata Hawa.

Namun, berbeza dengan trend sesetengah selebriti yang mengambil jalan pintas melalui pembedahan plastik, Hawa menegaskan bahawa itu bukan pilihannya.

Baginya, kecantikan adalah tentang penjagaan yang konsisten, bukan perubahan drastik.

“Pembedahan plastik bukan satu pilihan untuk saya. Saya tak mahu ubah wajah hanya kerana standard atau komen orang. Saya cuma mahu enhance apa yang sudah ada,” ujarnya.

Hawa lebih selesa dengan pendekatan rawatan estetik bukan invasif, yang membolehkannya mengekalkan kecantikan semula jadi tanpa mengorbankan identiti diri.

image is not available

Trend kecantikan

Sebagai Duta Estika Medispa, Hawa melihat langkah ini sebagai pencegahan yang bijak, membantu mengekalkan seri dan keanjalan kulit secara progresif dan selamat.

Estika Medispa, yang kini memasuki tahun ke-11 penubuhannya, menawarkan pelbagai rawatan estetik moden dengan penggunaan teknologi terkini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif mereka, Dr Haq Wasa, trend kecantikan kini lebih menekankan hasil yang semula jadi dan berperingkat.

“Kami menggalakkan pencegahan awal. Dengan rawatan yang konsisten dan bersesuaian, keperluan untuk prosedur invasif boleh diminimumkan,” katanya.

Bagi Hawa, kolaborasi berkenaan bukan sekadar pelantikan duta, tetapi mesej jelas kepada ramai wanita, kecantikan boleh diurus secara bijak dan progresif, tanpa perlu mengubah diri sendiri secara drastik.

“Bagi saya, yang penting ialah kita selesa dengan diri sendiri dan menjaga apa yang sudah ada.

"Kecantikan itu bukan tentang wajah baharu, tetapi keyakinan yang datang dari penjagaan diri,” tambah pengacara program Meletup itu lagi.

View Original Article