
Kota Kinabalu: Bekas Ketua Wanita Umno Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan perjuangan Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (Hawa) yang dipimpin beliau tiada kepentingan politik.
Beliau berkata, sebaliknya Hawa berperanan melaksanakan pelbagai pendekatan proaktif dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat melalui anjakan paradigma, sekaligus sebagai penghubung menyatukan suara masyarakat awam.
Pengerusi Hawa itu berkata, objektif Hawa yang ditubuhkan pada Mac tahun ini adalah membantu kerajaan membawa perubahan dan kemajuan kepada rakyat keseluruhannya.
“Hawa mempunyai kelainan tersendiri, merentasi ideologi politik, pelbagai kaum dan kita bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dari pelbagai latar belakang.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Indahnya, komposisi perjuangan kita merangkumi golongan lelaki walaupun pengasasnya diberikan kepada wanita,” katanya kepada media pada Majlis Santai Bersama Hawa di Hotel Hilton, sini, pada Rabu.
Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Hawa, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Pengerusi Hawa Sabah, Aminah Johan dan Timbalan Pengerusi Penjanaan Ekonomi Hawa Kebangsaan, Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan selaku pengerusi penganjur.
Shahrizat berkata, terdapat tujuh bidang utama yang menjadi fokus perjuangan Hawa melibatkan aspek hak rakyat, ekonomi, kesihatan, kelestarian, teknologi, pembangunan wanita desa dan modal insan.
Katanya, Hawa komited melaksanakan pendekatan secara proaktif bagi memastikan kemajuan dan kesaksamaan untuk semua rakyat melangkaui sempadan politik kepartian.
“Perubahan yang berlaku dalam politik negara menuntut pendekatan yang berbeza sesuai dengan tuntutan semasa..kita tidak boleh lagi dilihat berjuang untuk sesama kita saja..kita mungkin akan ketinggalan di belakang.
“Sebab itu, Hawa bertekad membuka penyertaan bukan sahaja di kalangan wanita, tetapi juga kaum bapa..kita juga menghormati kepelbagaian kaum dan agama.
“Kita mahu mendekati semua NGO dan pihak berkepentingan untuk bersama menyelami nadi rakyat, dari situ kita kutip semua keluhan rakyat untuk dibawa ke perhatian kerajaan,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

