Hawaii siap siaga hadapi taufan pertama dalam 34 tahun

WorldEnvironment
16 Aug 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hawaii siap siaga hadapi taufan pertama dalam 34 tahun

HONOLULU: Hawaii bersiap siaga menghadapi kemungkinan dilanda taufan secara langsung buat kali pertama sejak 1992, apabila Taufan Lala yang kini berstatus Kategori 1 semakin menghampiri kepulauan itu.

Lala membawa angin kencang sehingga 120 kilometer sejam selepas mencapai kekuatan taufan pada Sabtu. Dalam senario terburuk, taufan itu boleh membawa hujan sehingga 63 sentimeter di Big Island serta menghasilkan kenaikan paras laut akibat ribut sehingga satu meter.

Amaran taufan berkuat kuasa di Big Island, manakala Maui County, Oahu, Kauai dan Niihau diletakkan di bawah amaran ribut tropika. Penduduk diberi amaran supaya bersiap sedia menghadapi keadaan yang boleh mengancam nyawa, termasuk banjir dan tanah runtuh.

Taufan itu dijangka mendarat atau melintasi berhampiran hujung selatan Big Island sebelum bergerak ke arah barat.

Menurut agensi berita Associated Press, kali terakhir taufan melanda Big Island secara langsung adalah 155 tahun lalu.

Sepanjang hujung minggu, Lala dijangka terus bergerak ke barat dan berkemungkinan melemah menjadi ribut tropika, dengan pusat ribut melintasi bahagian selatan kepulauan Hawaii yang lain.

Gabenor Hawaii, Josh Green menggesa penduduk bersiap sedia bersiap sedia menghadapi curahan hujan yang luar biasa lebat.

“Angin kencang yang boleh menyebabkan kerosakan, hujan lebat, banjir kilat dan ombak berbahaya berkemungkinan berlaku di seluruh negeri sepanjang hujung minggu,” katanya dalam hantaran di X.

Puluhan penerbangan dibatalkan, manakala hampir 37,000 pelanggan di Hawaii terputus bekalan elektrik setakat petang Sabtu, menurut laman PowerOutage.us.

Ahli meteorologi, Jennifer Myers yang tinggal di Hilo, timur Big Island berkata, tanah runtuh sudah menyebabkan beberapa jalan terputus, manakala talian elektrik turut tumbang akibat pokok yang tercabut.-AGENSI

The post Hawaii siap siaga hadapi taufan pertama dalam 34 tahun appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved