HAWANA 2024 Bermula, Media Meriah Berkampung Di Kuching

26 May 2024 • 9:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini merasmikan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 bersempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di Kuching, Sarawak.

Berlangsung selama tiga hari mulai semalam, kemuncak sambutan HAWANA 2024 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

"Etika Teras Kewartawanan Mapan" diangkat sebagai tema sambutan tahun ini. Logo HAWANA 2024 menampilkan bentuk Burung Kenyalang, iaitu ikon Sarawak. – Getaran, 26 Mei, 2024

@getaranmy Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Persidangan Media Sarawak 2024 (SMeC 2024) sempena HAWANA 2024 di Kuching. Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil &Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol. #GetaranMY #TERKINI #Semasa ♬ original sound - Getaran