Hayati semangat Hari Malaysia dengan rasa cinta kepada negara, perteguh perpaduan kaum – PM

16 Sep 2023 • 1:59 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh rakyat untuk menghayati semangat Hari Malaysia tahun ini dengan rasa cinta yang mendalam terhadap negara, sikap ihsan dan kasih sayang serta perteguh perpaduan antara kaum.

Menerusi catatan di Facebooknya hari ini, Anwar yakin negara ini kuat dan mampu melonjak ke depan sekiranya seluruh rakyat berani menolak sikap prasangka dan memupuk persefahaman serta kasih sayang.

“Selamat Hari Malaysia kepada seluruh anak bangsa! Segulai sejalai,” menurut catatan itu.

Hari Malaysia tahun ini disambut dengan tema sama Hari Kebangsaan 2023 iaitu “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, manakala frasa bahasa Iban di Sarawak “Segulai Sejalai” yang bermaksud seiring sejalan pula adalah cogan kata perpaduan untuk seluruh negara.

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan kali ini diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak malam ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved