Aktivis Hazwani Helmi tampil memberikan penjelasan berhubung isu penggunaan telefon yang menjadi perbincangan hangat di media sosial kebelakangan ini, dengan menegaskan bahawa peranti berkenaan adalah pemberian hadiah dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri.
Menurut Hazwani, penjelasan itu dibuat bukan atas permintaan sesiapa, sebaliknya didorong oleh rasa tanggungjawab bagi melindungi nama baik pasukan Sumud Nusantara serta rakan-rakan aktivis lain yang langsung tidak terlibat dalam perkara tersebut.
“Saya sebenarnya memilih untuk berdiam diri kerana sedar apa-apa penjelasan pun berpotensi mengundang komen susulan. Namun memikirkan kesan terhadap pasukan Sumud Nusantara, khususnya perancangan Sumud 2.0, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar,” katanya.
Beliau sekali menegaskan bahawa telefon tersebut diterima sebagai hadiah dan merakam momen peribadi kakaknya yang memenangi anugerah Aktres Pembantu Filem Popular dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) baru-baru ini.
Tambahnya, selepas kepulangan daripada misi Sumud, peranti yang digunakan sebelum ini telah dibuang ke laut, sekali gus memerlukan peranti baharu bagi meneruskan urusan kerja, khususnya dalam bidang penyuntingan kandungan digital yang menjadi sebahagian daripada kerjayanya.
“Kebanyakan video yang dimuat naik di platform media sosial adalah hasil suntingan saya sendiri. Keperluan terhadap perisian penyuntingan yang efisien adalah faktor utama, dan penerimaan hadiah ini hanyalah untuk memudahkan kerja, bukan atas dasar promosi atau tajaan.
“Sekiranya ada jenama lain yang mempunyai perisian dan fungsi sebaik itu, sudah tentu saya tidak akan menggunakan produk tersebut.” jelasnya.
Part 2…korang dgr lh penjelasan kak iqa ni betul², please stop kecam², fitnah dan sebagainya…tlg sgt². Kak iqa keep strong oke @Hazwani Helmi #trending #masukberandafyp #freepalestine ❤️ #fypage #hazwanihelmi
Baca juga:
Dalam pada itu, Hazwani turut menegaskan pendiriannya yang konsisten dalam menyokong dan menggunakan produk tempatan, termasuk dalam aspek penjagaan diri, solekan, pakaian dan kenderaan. Beliau juga menekankan pendekatan saling menghormati dalam isu boikot, tanpa memaksa atau menghakimi pilihan individu lain.
Terdahulu, Hazwani Helmi menerima kritikan netizen selepas dilihat merakam momen kakaknya menerima anugerah menggunakan telefon bimbit daripada jenama yang dikaitkan dengan senarai boikot.
The post Hazwani Helmi jawab isu guna jenama boikot appeared first on The Reporter.




