
HBO Max, salah satu perkhidmatan penstriman popular, kini hadir dengan promosi waktu terhad antara 18 Mac 2026 sehingga 20 April 2026 (promosi Raya?). Dibawah promosi ini, pengguna boleh melanggan perkhidmatan penstriman berkenaan dengan potongan sebanyak 50%.
Promosi dan potongan ini diberikan hanya untuk pelanggan baharu atau pelanggan yang ingin kembali melanggan HBO Max.

Dibawah promosi ini, pelanggan boleh melanggan HBO Max bulanan pada harga serendah RM12.50 sebulan (terhad untuk tiga bulan pertama sebelum kembali ke harga asal RM24.90 sebulan). Selain itu, pelanggan turut boleh mendapatkan pelan tahunan pada harga serendah RM99.90 setahun (sebelum kembali ke RM199.90 pada tahun kedua).
Bagi anda yang berhasrat untuk melanggan HBO Max sebelum ini, mungkin ini adalah masa sesuai, dan membolehkan anda menikmati diskaun lebih baik untuk menontonnya.


