HDC Nasihat Penduduk Darul Hana Guna Saluran Betul Buat Aduan Isu Kerosakan Rumah

2 Feb 2023 • 11:43 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

HDC berkata kerja pembaikan kini giat dijalankan.

HDC Nasihat Penduduk Darul Hana Guna Saluran Betul Buat Aduan Isu Kerosakan Rumah. Dilaporkan menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Mohamad Asman Ahmad menasihati orang ramai agar menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan ketidakpuasan hati atau berkongsi maklumat berhubung kerosakan rumah.

Beliau berkata perkongsian sedemikian akan menimbulkan keresahan dan penyebaran maklumat yang tidak tepat kepada orang ramai.

image is not available
HDC Nasihat Penduduk Darul Hana Guna Saluran Betul Buat Aduan Isu Kerosakan Rumah

Isu kerosakan membabitkan Projek Pembangunan Darul Hana

Menjelaskan mengenai isu kerosakan membabitkan unit rumah di Blok 1A, Projek Pembangunan Darul Hana, beliau berkata aduan kerosakan yang diterima menggunakan saluran yang betul akan diproses dan akan cuba dijawab oleh pihak mereka.

Tambah Asman lagi, HDC telah menyediakan saluran aduan khas serta nombor telefon untuk dihubungi bagi sebarang aduan membabitkan unit rumah di Projek Pembangunan Darul Hana, ini.

image is not available

Pemantauan berterusan akan dilakukan

Beliau berkata bagi memastikan keselamatan penduduk berada pada tahap terbaik, pemantauan berterusan akan dilakukan.

Mengulas lanjut mengenai perkongsian gambar kerosakan unit rumah di Blok 1A yang telah tular baru-baru ini, Asman berkata, kerja-kerja pembaikan kini giat dijalankan.

Jika mempunyai sebarang aduan, penduduk digesa menghubungi mereka di talian 082-445521, ujar beliau lagi.

Sebelum ini tular isu kualiti Rumah Di Darul Hana yang parah: