“HE IS BACK” – Penampilan Terbaru Adam AF2 Buat Peminat Teruja

EntertainmentLifestyle
26 Aug 2025 • 3:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Adam Akademi Fantasia 2 (AF2) kembali mencuri tumpuan peminat dengan imejnya yang dikatakan menyerupai zaman awal kemunculannya dalam industri seni.

Menerusi perkongsian di TikTok, Adam atau nama lengkapnya Mohd Aizam Mat Saman dilihat sedang bersiap untuk keluar bersama keluarga.

Video berdurasi hampir tiga minit itu berjaya menarik perhatian netizen, sekali gus mengimbau nostalgia zaman Adam menjadi salah seorang peserta AF2 pada tahun 2004.

Rata-rata peminat kagum melihat perubahan imej Adam yang kembali menyerupai penampilan dulu, malah warganet turut memuji penampilan awet muda peserta itu walaupun kini berusia 41 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-26 14:57:54

"Sakitnya, 8 Tahun Saya Cuba 'Move On' - Erra Fazira

View Original Article