Healing Nite 2026: Anuar Zain, Ella & Dayang Nurfaizah Janji Terapi Emosi Awal Tahun

EntertainmentMusic
21 Jan 2026 • 9:41 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Konsert Healing Nite 2026 yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dijangka menjadi medium terapeutik berkesan untuk memulakan tahun baharu.

Menampilkan nama besar tanah air iaitu Anuar Zain, Ella dan Dayang Nurfaizah, selain artis popular Indonesia Lyodra dan Kangen Band, konsert ini mengangkat konsep healing sebagai ruang pemulihan emosi dan pelepasan tekanan melalui muzik.

image is not available

Bagi Anuar Zain, penganjuran Healing Nite 2026 bertepatan dengan konsep reset emosi dan minda pada awal tahun.

“Saya suka menyifatkan reset emosi dan minda sebagai fresh start effect atau memulakan sesuatu yang baharu dengan segar seperti kita melepaskan beban lama dengan membina niat baru.

“Jadi saya melihat Healing Nite 2026 yang diadakan pada 24 Januari ini sesuai dengan konsep teraputik yang diterapkan. Hiburan boleh menjadi salah satu teraputik terbaik sekaligus kerana muzik boleh meningkatkan emosi positif dan menghilangkan stress” ujar Anuar Zain.

image is not available

Sementara itu, Ella melihat konsert ini sebagai peluang untuk peminat melepaskan stres dan memulakan tahun baharu dengan energi yang lebih segar.

““Bagi Ella, healing melalui muzik seperti penganjuran Healing Nite 2026 ini adalah cara memulakan tahun baharu dengan baik. Kita boleh lepaskan tekanan atau stres dengan menikmati muzik. 

“Mungkin ada ramai yang memendam perasaan pada tahun lalu seperti penat bekerja atau hilang keyakinan diri, jadi mari kita lepaskan semua yang ‘buruk’ dengan energi baharu menerusi teraputik di Healing Nite 2026 ini,” ujarnya.

image is not available

Dayang Nurfaizah pula menyifatkan mendengar muzik sebagai aktiviti sihat yang memberi kesan positif kepada emosi dan fizikal.

“Ramai mungkin lupa bahawa mendengar muzik selain dapat melepaskan tekanan ia juga sebagai aktiviti sihat seperti baru melakukan senaman ringan dengan menyanyi dan ‘bergoyang’.

“Jika anda mencari hiburan yang mempunyai semua elemen teraputik ini, maka Healing Nite  2026 adalah jawapannya. Awal tahun adalah masa terbaik untuk kita menarik semua yang positif,” ujar Dayang Nurfaizah.

image is not available

Dianjurkan oleh Kembar Nusantara Sdn Bhd dengan sokongan produksi Creative Page Sdn Bhd serta strategi dan pemasaran oleh Yumeca Sdn Bhd, Healing Nite 2026 turut menampilkan pengalaman gaya hidup melalui Healing Tentyang bermula seawal jam 1.00 petang, menampilkan pelbagai kolaborasi kulinari dan gaya hidup.

Konsert ini akan bermula pada 8.45 malam, manakala tiket dengan pelbagai kategori harga boleh didapati menerusi www.ticket2u.com.my. - Getaran, 21 Januari 2026