
Hebahan Pemanggilan Semula Beberapa Model Kia, Yamaha & Mercedes-Benz – JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia hari ini mengumumkan aktiviti pemanggilan semula (recall) sebanyak 8,322 unit kenderaan daripada tiga jenama iaitu Kia, Yamaha dan Mercedes-Benz.
Menurut kenyataan rasmi JPJ, langkah pemanggilan semula ini diambil bagi mengelakkan kemalangan berlaku disebabkan oleh kecacatan pada struktur, peralatan atau sistem pada kenderaan tersebut.


JPJ menjelaskan bahawa setiap pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi terus oleh pihak pengeluar bagi menyelaraskan janji temu pemeriksaan kenderaan mereka.
Oleh itu, semua pemilik diminta untuk membuat perancangan awal agar proses pemeriksaan dapat dilakukan dengan segera.
Penting untuk diketahui, komponen yang terlibat akan digantikan tanpa sebarang kos, kerana segala perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, para pemilik disarankan untuk menghubungi atau mengunjungi pusat jualan dan perkhidmatan jenama masing-masing yang berdekatan.
JPJ turut menegaskan bahawa pihaknya akan memantau rapi proses pemanggilan semula ini serta komited memastikan semua unit yang terlibat diperiksa dan disahkan selamat digunakan di jalan raya.
JPJ menyeru kerjasama penuh daripada semua pemilik model yang terlibat demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
BACA: Johor Hargai Projek Air RM991 Juta, Perkukuh Keupayaan Agihan Air Terawat – Tunku Mahkota Ismail
Sumber: JPJ
The post Hebahan Pemanggilan Semula Beberapa Model Kia, Yamaha & Mercedes-Benz – JPJ appeared first on Siakap Keli.

