Hebat! Dua Pelajar Wanita Malaysia Berjaya Lanjutkan Pengajian Ke Harvard College

4 Apr 2025 • 9:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Sinar Harian, dua pelajar Malaysia telah diterima dan berjaya memasuki ke Kolej Harvard, institusi sarjana muda ternama Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS), di mana mereka akan memulakan tahun akademik baru yang akan berakhir pada 2029.

image is not available

Dua pelajar Malaysia mengharumkan nama negara

Menurut Presiden Kelab Harvard, Wan Nadiah Wan Abdullah Yaakob, pelajar yang bernama Athena Siow dari Kuala Lumpur akan melanjutkan pelajaran dalam bidang sains data (kerajaan), manakala seorang lagi pelajar yang bernama Namira Lee Tzu dari Kuala Terengganu bercadang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan kejuruteraan alam sekitar.

Kami sangat berbangga kerana pelajar yang diterima masuk dari Malaysia masih terdiri dalam kalangan pelajar sekolah kerajaan, dan semakin ramai daripada latar belakang berpendapatan sederhana di luar wilayah Lembah Klang.

image is not available

Difahamkan, Athena merupakan pelajar Kolej Yayasan Saad dan Namira pula telah menamatkan pengajian sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hwa Wei Sin.

Wakil Malaysia di Persidangan Belia COP 2023 & terpilih untuk Program Kepimpinan Belia Asia Tenggara

Dalam pada masa yang sama, Wan Nadiah memaklumkan Athena merupakan wakil Malaysia di Persidangan Belia COP 2023 di Dubai dan aktif memperjuangkan isu iklim, malah melatih lebih 100 gadis melalui Program Pandu Puteri.

image is not available

Selain itu, Namira pula aktif dalam pemulihan alam sekitar dan itu merupakan salah satu faktor dirinya terpilih untuk Program Kepimpinan Belia Asia Tenggara yang ditaja oleh AS di Illinois serta Washington D.C.

Namira menerima geran selama dua tahun berturut-turut yang digunakannya untuk memulakan projek pemuliharaan penyu bersama pelajar sekolah menengah dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

image is not available 1 week ago

KPM Laksana Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian Seragam Murid Mulai 21 April 2025