Hebatnya! Isteri Fizo Omar berjaya raih band 7 dalam IELTS

LocalEntertainment
5 Nov 2024 • 5:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri Azrai kembali meraih perhatian netizen apabila berjaya mendapatkan band 7 dalam International English Language Testing System (IELTS).

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Fazeera menerusi hantaran di Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur diatas kejayaan tersebut.

Instagram will load in the frontend.

Isteri Fizo Omar raih band 7

Menerusi perkongsian tersebut. Fazeera telah mendapat markah yang menggalakkan menerusi beberapa ujian seperti mendengar, membaca, menulis dan bertutur.

Selepas dijumlahkan kesemuanya, dia telah dikategorikan di band 7 yang pastinya membuatkan netizen kagum.

image is not available

Isteri Fizo Omar ucap terima kasih kepada ibu yang sentiasa mendoakan

Dalam pada itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada ibu tersayang kerana doa-doa yang tidak pernah putus untuknya walaupun mereka terpisah jauh.

image is not available

Kongsi sedikit berkenaan IELTS

Fazeera turut berkongsi serba sedikit berkenaan IELTS yang mana mungkin ada sesetengah netizen tidak begitu memahami serta menyangkakan ia sama seperti Malaysia University English Test (MUET).

image is not available

Hebatnya! Tahniah

Perkongsian yang dibuat oleh bekas pramugari tersebut telah menuai pelbagai komen positif daripada netizen yang kebanyakannya mengucapkan tahniah diatas kejayaan tersebut.

Mereka juga akui bukan mudah untuk memperoleh band 7 dalam peperiksaan berkenaan dan memuji kebijaksanaan Fazeera yang boleh menempatkan diri di tahap berkenaan.

image is not available

Bukan senang nak dapat tu

image is not available

Ramai akui benda ni tak mudah

image is not available

Sekadar info, Fazeera Nazri Azrai telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fizo Omar pada 1 Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Fizo juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan dikenali sebagaiWan Maryam Binti Wan Hafizol dari perkahwinan pertamanya sebelum ini.

Sumber: Instagram Fezyra Nesry