Hebatnya Pemandangan Kawah Bromo, Percutian Nabila Huda Di Indonesia Memang Berbaloi

26 Oct 2022 • 9:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Nabila (kiri) bersama anaknya Kesha dan suaminya Mohd Izwan bergambar di Kawah Bromo. - Semua gambar dari Instagram Nabila Huda

Percutian dan Nabila Huda memang tidak dapat dipisahkan dan setiap kali mempunyai masa terluang aktres berkaliber ini pasti akan mencuri waktu untuk bercuti untuk melepaskan beban kerja dan melapangkan semula minda.

Selepas selesai menyudahkan penggambaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali, Nabila telah merancang percutian yang panjang di Indonesia bersama suami, Mohd Izwan Johar dan anaknya, Kesha Laila.  

Percutian mereka dimulakan dengan kota Bandung, disusuli dengan Jogjakarta dan kemudian Surabaya. Banyak aksi-aksi menarik ketiga-tiga anak-beranak ini tatkala bercuti di sana. Pendek kata memang jalan sakan sungguhlah.  

Selain jalan-jalan di tempat-tempat menarik, Nabila, suami serta anaknya juga turut ambil kesempatan untuk menikmati juadah di setiap kota tersebut yang enak-enak serta punya identiti tersendiri.  

Di Jogjakarta, Nabila dan keluarganya sempat menjelajah di kawasan  Candi Borobudur yang tersenarai sebagai salah satu tujuh keajaiban dunia.  

image is not available
Nabila bersama keluarga di Candi Borobudur.

Bahkan, Nabila yang memang dikenali dengan perangai gila-gilanya ini juga turut mengambil kesempatan untuk membuat babak aksi romantis bersama dengan suaminya di sebuah studio di Jogjakarta.  

Menariknya, mereka turut mengambil gambar potret keluarga  dengan mengenakan baju adat tradisi orang-orang Jogja. Nampak klasik sangat.  

image is not available

Sebelum itu, Nabila sempat melawak apabila memuat naik sebuah hantaran dengan kapsyen: “Kenangan shooting filem Ada Apa Dengan Cinta 2 bersama Nicholas Saputra”.

Apapun, ramai yang terpana apabila Nabila terus memuat naik hantaran tour trip mereka yang seterusnya di Gunung Bromo di Instagram.  

“Seawal jam 12 tengah malam bergerak dari Surabaya. Tak perasan sampai jam bila sebab tidur. Mungkin sekitar 3 pagi. Kemudian naik jip dalam satu jam untuk sampai di sini.

image is not available

“Sampai atas sekitar jam 4 pagi untuk minum kopi dan makan pisang goreng. Kemudian naik tangga menuju ke Bromo viewpoint untuk menyaksikan matahari terbit.  

“Beberapa hari hujan berterusan di sini, tapi rezeki kita orang dapat tengok langit pagi yang cerah. Kami berjaya lakukannya, Alhamdulillah,” katanya.  

image is not available

Nabila bersama suami dan anaknya turut melakukan aktiviti berkuda sebelum menaiki tangga yang cukup tinggi untuk menuju ke kawasan kawah Gunung Bromo.

“Lepas dah seronok naik kuda, ingat sampai ke kawah. Rupanya, tidak ya. Banyak cantik muka kau nak suruh kuda naik tangga!

“Turun dari kuda, kita orang kena naik tangga yang sangat tinggi,menguji kesabaran wanita yang sedang lapar. Boleh bayangkankan?

image is not available
Kawah Bromo

“Bila sampai atas, wow! Satu perasaan yang sukar dipercayai. Gila!  Dengan pemandangan yang dikelilingi gunung.  Keajaiban Indonesia!  

image is not available

“Selepas kawan bromo, kami berhenti ke lautan pasir (Pasir berbisik). Owh itu, kenderaan kami.

“Dari Surabaya sampai je basecamp, kita tukar aik jeep sepanjang tour trip ini. am 10 pagi, kami sudah pulang ke base camp. Berakhirlah Bromo Tour,” katanya.

Lepas ini, pasti ramai yang akan menyelitkan tour trip Gunung Bromo ini di dalam percutian mereka. Mengapa tidak? - Getaran, 26 Oktober 2022