HeiTech Padu peroleh kontrak RM133.7 juta bagi mambangunkan sistem digital JPJ

LocalTechnology
13 Sep 2024 • 5:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

image is not available

HeiTech Padu peroleh kontrak RM133.7 juta bagi mambangunkan sistem digital JPJ

azan

13/09/2024 - 17:28

KUALA LUMPUR 13 Sept - HeiTech Padu Bhd menerima kontrak bernilai RM133.7 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membangun, membekal, menghantar, memasang, menguji dan mentauliah perkakasan serta perisian sistem digital JPJ.

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu adalah bagi tempoh 36 bulan bermula 1 Oktober 2024 hingga 30 September 2027.

"Kontrak itu bagaimanapun tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham syarikat.

"Kontrak ini adalah untuk kepentingan terbaik syarikat dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya sehingga selesai," katanya.

Katanya, tiada sebarang risiko akan dihadapi melainkan risiko biasa dalam menjalankan kontrak tersebut dan syarikat telah mengambil langkah perlu bagi melindungi diri serta mengurangkan risiko apabila perlu. - DagangNews.com