Helah sorok beras bawah timbunan botol terbongkar

LocalPolitics
14 Aug 2025 • 4:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Helah seorang juragan bot kargo membawa muatan beras dan petrol dengan menyembunyikannya di bawah timbunan botol kosong terbongkar selepas berjaya dikesan pihak berkuasa dalam serbuan pada Selasa.

Pergerakan bot kargo itu dikesan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau dalam Ops Pluto Timur, Ops Sejahtera dan Ops Tiris pada kedudukan 2.15 batu nautika selatan dari Batu 3 Jalan Apas sekitar jam 7 pagi.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten (M) Ariffin Ghazali berkata sebanyak 400 kampit beras dengan anggaran berat empat tan dan 27 gelen petrol (700 kg) dirampas di dalam operasi itu termasuk enjin dan bot kargo menjadikan jumlah keseluruhan rampasan kira-kira RM55,000.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Bot kargo terbabit dilihat berada dalam keadaan mencurigakan apabila meluncur ke arah Pulau Sebatik dari kawasan Batu 3 Jalan Apas semasa sepasukan bot peronda menjalankan penugasan di perairan Tawau.

“Juragan bot kargo dikenalpasti sebagai seorang lelaki tempatan yang berumur 60 tahun manakala pembantunya pula seorang lelaki pemegang pasport negara jiran berumur 58 tahun.

“Pemeriksaaan dokumentasi mendapati juragan gagal menunjukkan dokumen atau permit kebenaran daripada pihak berkuasa untuk membawa muatan barang kawalan dan bersubsidi ke Pulau Sebatik.

“Berikutan itu semua suspek, bot kargo dan muatan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau bagi tujuan siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta522),” katanya.

Mengulas lanjut siasatan akan turut melihat kemungkinan wujudnya unsur kegiatan penyeludupan ke negara jiran dengan mengambil kira faktor jumlah muatan dibawa dan pergerakan bot kargo yang mencurigakan.

View Original Article