Helikopter Ingenuity Tidak Lagi Boleh Terbang Di Marikh

TechnologyDigital
28 Jan 2024 • 12:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hampir tiga tahun lalu helikopter Ingenuity menjadi objek pertama rekaan manusia yang berjaya terbang di planet selain bumi. Ia mendarat di permukaan Marikh bersama dengan perayau Perseverance bagi menjelajah permukaan planet merah sebelum misi manusia dimulakan. NASA minggu ini mengumumkan Ingenuity tidak lagi boleh terbang di Marikh selepas berlaku kerosakan pada bahagian kipas.

image is not available
Ilustrasi Ingenuity – NASA

Sejak 2021 ia telah melakukan 72 kali misi penerbangan yang adalah melangkaui sasaran asal hanya 5 kali penerbangan. Kali terakhir ia terbang adalah pada 18 Januari lalu sebelum hubungan dengannya terputus. Gambar yang dihantar semula oleh Perseverance menunjukkan bilah kipas Ingenuity mengalami kerosakan semasa melakukan pendaratan kecemasan.

Secara keseluruhan Ingenuity berjaya terbang selama 2 jam di atmosfera Marikh dan mengutip puluhan gambar yang akan membantu misi yang seterusnya. Kejayaan yang mengagumkan bagi sebuah helikopter kecil yang hanya menggunakan pemproses Snapdragon 801 sudah berusia hampir 11 tahun. Misi Perseverance bukan sahaja berjaya menerbangkan objek manusia pertama selain di atmosfera bumi, ia juga berjaya menjana oksigen menggunakan mesin Mars Oxygen In-Situ Resource Utilization Experiment (MOXIE).

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved