Helikopter Maritim Terhempas Di Pulau Angsa, Siasatan Akan Dijalankan

5 Mar 2024 • 12:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lembaga Siasatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan menjalankan siasatan berhubung kejadian sebuah Helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor pagi tadi.

image is not available

Foto: Media Sosial

Menerusi satu kenyataan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata, helikopter itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada 9.10 pagi untuk tujuan latihan penerbangan.

image is not available

Foto: Media Sosial

Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, hubungan terakhir helikopter dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada pukul 9.20 pagi dan tiada sebarang panggilan kecemasan diterima.

“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi helikopter,” katanya.

Tambah Norazman lagi, terdapat empat penumpang termasuk juruterbang berada dalam helikopter tersebut dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

“Kesemua yang terselamat telah dibawa dengan helikopter penyelamat dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 10.58 pagi.

“Siasatan akan dijalankan oleh APMM,” ujarnya.

Sumber: FB CAAM