Helikopter padam kebakaran terhempas di Kalimantan

8 Nov 2026 • 5:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Helikopter padam kebakaran terhempas di Kalimantan

JAKARTA – Sebuah helikopter yang sedang mengambil air bagi menjalankan misi memadam kebakaran hutan dilaporkan terhempas hari ini ke dalam Sungai Barito, wilayah Kalimantan Selatan.

Seorang krew warga Indonesia dilaporkan masih hilang, manakala dua lagi anak kapal warga Australia berjaya diselamatkan.

Jurucakap Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Berton Panjaitan, mengesahkan kedua-dua warga Australia terbabit berada dalam keadaan selamat, manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan krew tempatan giat dijalankan.

Kejadian ini merupakan nahas udara kedua membabitkan operasi memadam kebakaran di kepulauan Borneo dalam tempoh seminggu, selepas sebuah helikopter tentera terhempas di perairan luar Borneo pada Rabu lalu sehingga meragut tiga nyawa.

Menerusi rakaman video amatur yang tular, pesawat jenis Eurocopter EC225LP Super Puma milik kontraktor sewaan BNPB itu dilihat hilang kawalan dan ditarik ke bawah sejurus mengisi air, sebelum menjunam bahagian hadapannya ke dalam sungai.

“Insiden berlaku ketika helikopter terbabit sedang melaksanakan operasi pengeboman air. 

“Rakaman video menunjukkan helikopter hilang kawalan ketika membuat olahan gerak selepas menceduk air,” jelas Berton. – AFP

The post Helikopter padam kebakaran terhempas di Kalimantan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved