Helikopter Swasta Dikhuatiri Hilang Sekitar Hutan Bidor Tengah Hari Tadi – Wee Ka Siong

11 Sep 2022 • 5:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan sebuah helikopter swasta dikhuatiri hilang di sekitar kawasan hutan Bidor, Perak tengah hari tadi, lapor AWANI.

Dalam kejadian sekitar jam 12.16 tengah hari itu, helikopter jenis Eurocopter dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC), jelas Ka Siong menerusi AWANI.

Maklumnya lagi, difahamkan pengangkutan udara itu dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dan dijangka tiba pada jam 12.37 tengah hari sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pada 11.37 pagi.

Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bidor, lapor AWANI.

“Kita akan lakukan apa juga usaha dalam mendapatkan helikopter yang dikatakan telah hilang hubungan dengan KLATCC,” jelasnya sewaktu melawat Stesen Kereta Api Ipoh kepada pemberita hari ini.

Lapor AWANI, terdapat seorang juruterbang di dalam helikopter tersebut hasil maklumat awal.

Walau bagaimanapun, kenyataan lanjut berhubung kejadian berkenaan bakal dikeluarkan oleh pihak CAAM, jelas Ka Siong lagi melalui AWANI.

Sehingga kini, tiada maklumat mengenai insiden tersebut. Berita lanjut menyusul.

Helikopter Tentera Kanada Hilang Di Pantai Greece

image is not available

Imbas kembali, satu kejadian hampir serupa melibatkan helikopter hilang turut pernah berlaku di Kanada dalam satu tragedi yang berlaku kira-kira dua tahun yang lalu.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau ketika itu memaklumkan bahawa sebuah helikopter tentera milik negaranya disahkan hilang di luar pantai Greece, lapor agensi berita Sputnik pada April 2020 lalu.

Memetik laporan Bernama, militaire.gr melaporkan helikopter Sikorsky CH-124 Sea King, dengan enam penumpang, hilang di 52 batu nautika di barat pulau Cephalonia di Laut Ionian pada hari Rabu (minggu kejadian).

Seorang anggota tentera maut dan selebihnya masih hilang.

Sumber: AWANI