Helikopter Terhempas, Sembilan Tentera Colombia Maut

30 Apr 2024 • 4:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Helikopter Terhempas, Sembilan Tentera Colombia Maut

Sembilan tentera Colombia dilaporkan maut dalam insiden helikopter terhempas di utara Bolivar pada Isnin, lapor AFP.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa insiden tersebut berlaku di kawasan ‘panas’, di mana pihak tentera sedang memerangi salah satu kartel kokain terbesar di sana.

Presiden Colombia, Gustavo Petro berkata di laman X, insiden tersebut berlaku ketika helikopter terbabit sedang menghantar pasukan baharu bagi operasi menentang Gulf Clan.

Namun, Petro mahupun pihak tentera tidak memberitahu punca nahas helikopter Mi-17 buatan Rusia itu. Hal ini termasuk sama ada ia berkait dengan Clan yang mempunyai kira-kira 4,000 anggota bersenjata tersebut.

Menurut pihak tentera Colombia, semua yang berada di dalam helikopter meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sumber: AFP