Hello peminat ‘pink’, ini 5 kafe hipster boleh kalian serbu sekitar Selangor & KL

7 Jan 2023 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
pink kafe

BUKAN hanya wanita jer, golongan lelaki pun suka dengan warna pink.

Tak kisahlah dari segi pemakaian atau aksesori, rona tersebut menjadi kesukaan ramai.

Disebabkan itu, ramai pengusaha kafe yang teruja untuk menterjemahkan nuasa merah jambu pada dekorasi dalaman dan makanan.

Pinggan, mangkuk pun semuanya serba pink.

Satu faktor yang boleh membuatkan ramai tak sabar nak pergi adalah disebabkan boleh berswafoto dengan sepuas-puasnya.

image is not available

Bolehlah kan jadi konten di laman sosial seperti TikTok ataupun Instagram.

Biasanya memang akan ada ruang atau spot instragrammable disediakan khas untuk pelanggan.

Kalau makanan yang disediakan best, lagilah ramai datang kerumun. Silap-silap kena beratur panjang.

image is not available

Tinjauan SinarPlus di media sosial mendapati, aura kafe hipster pink memang menyengat, malah mereka mempunyai peminatnya sendiri.

Selain menjadi destinasi untuk me time, premis dengan reka bentuk moden dan simple telah dijadikan tempat reunion rakan-rakan dan ahli keluarga.

Berikut lima lokasi kafe di sekitar Kuala Lumpur (KL) dan Selangor yang menjadi tumpuan ramai. Kalau berada berhampiran, bolehlah singgah:

image is not available

1. Zalynz Oven Kafe
Alamat: No 10 Jalan Cendana 3/13B, Seksyen 3, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam
Menu signatur: Nasi daging harimau menangis
Facebook: Zalynz Oven
Instagram: @zalynz_oven

image is not available

2. Ninja’s House Café
Alamat: 26-1, Jalan Eco Majestic 10/1B, Eco Majestic, Semenyih, Selangor
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 8 malam
Menu signatur: Asam Pedas Ninja, English Big Breakfast VS Ninja Chicken Grill
Facebook: Ninja’s House
Instagram: @ninjashouse

image is not available

3. Therefore Cafe
Alamat: Lot 02-G, Menara Symphony, No. 5, Jalan Professor Khoo Kay Kim, Seksyen 13, Petaling Jaya, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 9 pagi hingga 10 malam
Menu signatur: Pad Kra Pow Nachos
Facebook: Therefore
Instagram: @therefore.cafe

image is not available

4. La Fleur x Uniqorn
Alamat: Sunway GEO Avenue, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam
Menu signatur: Pelbagai pencuci mulut
Facebook: Uniqorn

image is not available

5. Pinggan Puteh
Alamat: 30G, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 11 malam
Menu signatur: Lontong rendang
Facebook: Pinggan Puteh
Instagram: @pingganputeh

Rasanya cuti hujung minggu ni banyak dapur yang tak berasap,kan?

image is not available

Apa kata jika tiada plan ke mana-mana, bolehlah singgah kafe yang disenaraikan untuk pengalaman baharu.

Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

View Original Article