
Di media sosial viral satu rakaman video memaparkan seorang wanita mendukung anak kecil ketika membuat aktiviti sukan lasak, flying fox.
Dalam rakaman tersebut, wanita itu dilihat memegang tali flying fox dengan tangan kiri manakala tangan kanannya menampung anak.
Meskipun terdapat tali keselamatan yang dipakaikan pada anak, orang ramai mengutuk perbuatan bahaya itu.


Iyalah, kata mereka malang tak berbau. Walaupun dah berhati-hati, kadang-kadang ada juga perkara tak diingini terjadi kan?
Tambah netizen lagi, ibu bapa sebaiknya beringat apatah lagi aktiviti itu boleh merisikokan nyawa termasuk risiko cedera.





Apa pendapat korang pula? Boleh ke aktiviti macam ni melibatkan kanak-kanak?
Kredit: Instagram 15gag
The post “Helmet Tak Pakai, Tali Gantung Satu Je” – Wanita Dukung Anak Sambil Flying Fox Dikritik appeared first on Oh! Media.

