Hendak Jebat

Beauty
22 Jun 2024 • 8:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

 

namamu perlu rumah
bukan lubuk sarap
sampah matamu
hanyir lalat
malah menghindar nafasmu

topeng mana
kaupakai hari ini
mata merah
misai kelabu
bibir seringai atau acah malu?

mulutmu menyuguh sepelaung lara
orang-orang keliru
perlu dijamah
kematian
cintamu atau
kesialan lakumu?

Cahaya Jais

The post Hendak Jebat appeared first on Selangorkini.

View Original Article