“Hensem, Ada Kelas.. Memang Lelaki Mahal Dia Ni” – Edika Yusof Cukup Dengan Satu Isteri, Mahu Jaga Sebaiknya

Family & Parenting
28 Aug 2023 • 11:12 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, sejak beberapa hari lalu, isu mengenai kahwin lagi satu ataupun poligami menjadi topik hangat di laman media sosial. Lagi-lagi apabila seorang pempengaruh bergelar Abang Tesla tular di platform TikTok susulan umum kahwin lagi satu sebab mahu zuriat sendiri.

Melalui video di TikTok baru-baru ini, pelakon kacak Edika Yusof memberi pandangan mengenai isu poligami dan ramai yang suka mendengar jawapannya.

Kata Edika, dia memang sangat bersyukur mempunyai hanya seorang isteri dan mahu menjaganya dengan sangat baik susulan isteri kini lumpuh.

Berkongsi sedikit kisah selepas sahaja isteri tidak sihat, Edika memberitahu ibunya pernah menyuruh untuk berkahwin lagi satu demi menjaga anak-anak masih kecil tetapi pelakon itu menolak permintaan tersebut.

Ia kerana, Edika teringat kembali zaman sewaktu masih kecil apabila ibunya ditinggalkan oleh suami kerana berkahwin lain dan dia tidak mahu isteri lalui hal itu.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa Edika merupakan lelaki satu dalam sejuta yang susah untuk dicari dan ‘mahal’.

image is not available 3 years ago

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-18, Edika Yusof Terus Setia Jaga Isteri Tercinta