Henti fitnah terhadap bakal TYT Sabah

LocalPolitics
22 Dec 2024 • 4:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

Kota Kinabalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin mengingatkan pihak tertentu menghentikan segala tohmahan dan fitnah terhadap bakal Yang Di Pertua Negeri (TYT), Tun Musa Aman.

Beliau berkata, Musa merupakan tokoh paling tepat dan sesuai dilantik sebagai TYT yang baharu setelah tempoh penyandangnya, Tun Juhar Mahiruddin berakhir pada 31 Disember ini.

AdvertisementMenurutnya yang pernah berkhidmat sebagai menteri penuh di bawah pentadbiran Musa sebelum ini menegaskan, pelantikan Musa tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia dilaksana berdasarkan Perlembagaan Negeri.

“Beliau (Musa) selaku bekas Ketua Menteri adalah tokoh berpengalaman dan banyak berjasa kepada Sabah, khususnya dalam bidang ekonomi, pembangunan infrastruktur, sosial dan politik.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Memandang pihak tertentu ini terus membuat pelbagai fitnah dan tohmahan tidak berasas terhadap beliau, kepimpinan negara dan negeri, saya menggesa mereka menghentikan segera tindakan itu.

“Memfitnah dan menghasut rakyat untuk membenci kepimpinan negara dan negeri serta melibatkan Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong amat tidak wajar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pelantikan Musa Aman sebagai TYT Sabah ke-11 mendapat perkenan Sultan Ibrahim, yang turut menyampaikan Surat Cara Pelantikan pada 17 Disember di Istana Negara.

Beliau juga telah dianugerahkan pingat kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa baktinya.