Henti gangguan terhadap kestabilan Madani: MP

Politics
7 May 2023 • 3:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUDAT: Polemik politik ugutan untuk menjejaskan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar harus dihentikan kerana hanya akan menjejaskan kestabilan negara dan kepentingan rakyat.

Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda berkata, sebaliknya ahli-ahli parlimen bukan kerajaan perlu memberi ruang dan peluang kepada Anwar untuk melaksanakan tanggungjawabnya pulihkan negara.

Katanya, Malaysia sebagaimana seluruh dunia masih berusaha untuk pulih daripada pandemik Covid-19 sepenuhnya termasuk ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat juga dalam proses pemulihan.