Henti politikkan isu tahanan rumah Najib – Mohamed Khaled

LocalPolitics
20 Sep 2026 • 2:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Henti politikkan isu tahanan rumah Najib – Mohamed Khaled

KOTA TINGGI – Isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak tidak wajar dipolitikkan mana-mana pihak memandangkan keputusan berkenaan berada di bawah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, soal pengampunan itu juga bukan perkara baharu.

“Banyak kes-kes pengampunan sudah dilakukan sama ada kes orang dihukum mati ataupun dihukum penjara seumur hidup, banyak keputusan-keputusan pengampunan itu diterima baik dan tak dipertikaikan.

“Jadi, kita juga berharap supaya semua rakyat menerima bahawa kuasa (Yang di-Pertuan Agong) itu memang ada dan memang dibolehkan. Memang kuasa hak mutlak Yang di-pertuan Agong, tak wajar mana-mana pihak pertikaikan.

“Memang ada yang suka memang ada yang tidak suka ada, UMNO berada pada pihak yang suka. Parti-parti lain terpulang, tetapi pokoknya jangan pertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong itu antara keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikan kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis sambutan Maulidul Rasul 1448/2026 Peringkat Parlimen Kota Tinggi di Dewan Besar Felda Air Tawar 2 di sini hari ini

Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata keputusan pengampunan bersyarat itu juga tidak seharusnya dikaitkan dengan kerjasama parti-parti politik Melayu yang sedang digerakkan melalui usaha penyatuan Melayu ketika ini.

“Pilihan raya itu soal lain, itu soal penyatuan Melayu kerana orang Melayu merasakan bahawa walaupun banyak parti politik Melayu,kuasa politik Melayu semakin melemah, tidak ada kena mengena dengan soal ini (pengampunan Najib).

“Orang Melayu kena fikirkan sama ada Najib lepas atau tak lepas, itu soal lain. Ini soal kedudukan penyatuan orang Melayu supaya kita dapat jaga kepentingan dan kuasa politik Melayu.

“Kalau dijadikan isu (Najib) untuk mendapatkan mandat daripada rakyat,saya rasa ada isu-isu yang lagi besar. Mereka akan mainkan isu itu sebab soalnya nak mempengaruhi rakyat, itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai Tabung Solidariti Najib Razak, Mohamed Khaled berkata, UMNO hanya ingin membantu mengikut kemampuan.

“Itu cuma nak tunjukkan, mungkin UMNO tidak akan capai sampai RM50 juta (hukuman denda), tetapi sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa UMNO bersimpati kerana jumlah itu sangat besar, kita tabung itu adalah apa yang kita mampu buat,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Henti politikkan isu tahanan rumah Najib – Mohamed Khaled appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved