
Kota Kinabalu: Golongan profesional di Sabah mahu Kerajaan Negeri bertindak terhadap mereka dari luar negeri yang memberikan perkhidmatan tanpa memerlukan permit kerja, sekali gus menjejaskan periuk nasi penduduk tempatan.
Majlis Profesional Sabah (SPC) berkata golongan profesional “fly-by-night” dan “pintu belakang” ini mengeksploitasi kelemahan seperti menggunakan orang tempatan tidak aktif sebagai orang depan dan menubuhkan pejabat cawangan “dalam nama sahaja”.
Mereka terdiri daripada peguam, akauntan dan jurutera sehinggalah doktor yang melihat Sabah sebagai lubuk emas, kerana peluang di semenanjung menyusut akibat persaingan yang sengit.
