Hentikan Budaya Menuduh, Jadi Pembangkang 'Versi Baharu'

Politics
28 Nov 2022 • 9:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sekiranya pihak tertentu mahu menjadi pembangkang maka mereka perlu menjadi pembangkang versi baharu yang 'menjual' politik penyelesaian. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyarankan pemimpin-pemimpin politik agar menghentikan budaya tuduh menuduh, sebaliknya mengamalkan 'politik penyelesaian'.

Menyifatkan menuduh sebagai budaya lapuk, mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, sekiranya pihak tertentu mahu menjadi pembangkang maka mereka perlu menjadi pembangkang versi baharu yang 'menjual' politik penyelesaian.

"Saling tuduh-menuduh bukan penyelesaian. 

"Rakyat mahukan politik penyelesaian pada masalah ekonomi mereka. Kenaikan kos hidup dan kenaikan harga barang pasca COVID-19. Ini yang meresahkan rakyat dan mereka mahukan penyelesaian," katanya di Facebook.

Jelasnya, rakyat hari ini meletakkan harapan terhadap kerajaan baharu, tanpa mengira blok yang memerintah kerana pilihan raya umum telah berakhir. 

“Rakyat tidak mampu menanti lagi lima tahun untuk pilihan raya seterusnya. 

"Pihak yang mendapat mandat perlu bekerja. Pembangkang perlu bersepakat membantu," katanya. 

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu, selepas menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Beliau disokong gabungan Barisan Nasional (BN) yang memutuskan untuk menuruti titah baginda agar bekerjasama menubuhkan kerajaan perpaduan. - Getaran, 28 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved