Hentikan budaya tak pakai topi keledar di kawasan sekolah luar bandar - JPJ

LocalPolitics
8 Aug 2024 • 7:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JPJ Kelantan minta masyarakat hentikan budaya menghantar anak ke sekolah tanpa memakai topi keledar. Gambar hiasan

KUALA KRAI - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan meminta masyarakat di negeri ini menghentikan budaya menghantar anak ke sekolah tanpa memakai topi keledar khususnya di kawasan sekolah luar bandar.

Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah berkata, sekiranya diteruskan dan tiada kesedaran, maka ia mendorong kepada peningkatan kes kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

"Amat menyedihkan apabila angka kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal meningkat secara konsisten saban tahun di negeri ini.

"Sebanyak 6,088 kemalangan jalan raya melibatkan pelbagai jenis kenderaan direkodkan berlaku di Kelantan bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

"Daripada jumlah itu, 137 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan di negeri itu dalam tempoh yang sama," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penyerahan Topi Keledar Kanak-kanak dan Dewasa peringkat negeri 2024 di sini pada Khamis.

JPJ Kelantan katanya akan memastikan program advokasi dan penguatkuasaan secara berterusan dilaksanakan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di negeri ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved