Hentikan Pelancaran Demi Solat, Pelakon Filem Khong Kaek Dapat Pujian Warganet

Movie
4 Oct 2023 • 2:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Beberapa hari lalu, tular video di TikTok memaparkan pelancaran filem seram Islamik Thailand, Khong Kaek yang diberhentikan seketika bagi memberi ruang kepada pelakon Muslim untuk menunaikan solat.

image is not available

Dalam video yang dimuat naik di akaun @wanyoshiki, pelakon Thailand yang beragama Islam mendirikan solat secara berjemaah berdekatan dengan pentas dan beralaskan karpet.

Jemaah tersebut telah diketuai oleh seorang lelaki yang memilih untuk mengalunkan surah An-Nasr, sesuai dengan tema filem tersebut.

Selain pelakon Thailand, barisan jemaah tersebut turut disertai beberapa umat Islam lain yang berada di lokasi pelancaran filem tersebut.

Pujian juga harus diberikan kepada para peminat kerana mereka sabar menunggu jemaah selesai mendirikan solat dan tidak menganggu mereka.

Selesai sahaja menunaikan solat, pelancaran diteruskan dengan gimik menunjukkan seorang wanita yang dirasuk dan cuba dipulihkan oleh seorang ustaz.

image is not available

Rata-rata warganet memuji tindakan pihak produksi dan pelakon Thailand yang tidak mendahulukan dunia sahaja namun turut menghormati panggilan Allah SWT bagi mengutamakan solat.

Kena sokong filem ni!

image is not available

Terbaik…

image is not available

Tidak kurang juga yang memuji imam kepada jemaah tersebut atas lantunan bacaannya yang sangat merdu disamping mempunyai wajah tampan.

Sudahlah tampan, pandai mengaji pula..

image is not available

Malah, terdapat juga netizen yang meninggalkan komen tindakan seperti ini haruslah dicontohi dan berharap Malaysia juga akan melakukan perkara yang sama.

Harap Malaysia ambil contoh…

image is not available

image is not available

Filem Khong Kaek dibintangi pelakon terkenal Akara Amarttayakul, Marika Paekiatchalorn dan Amena Pinit telah mula ditayangkan di Thailand sejak 27 September lalu.

Sumber: TikTok @wanyoshiki